Exam!
Salam~
Sedar x sedar, hari ni dah hari terakhir kelas. Next week dah start final! Cpt betol mase berlalu. (@.@!)
Sgt riso sebenarnye. Ntah nape this sem punye jadual exam sgt la x bestttttttttt!
29/10 – Quantitative Business Analysis (ptg)
02/11 – Islamic Jurisprudence (pagi)
03/11 – Research Methodology (pagi)
04/11 – Personal Development (pagi)
05/11 – Islamic Entrepreneurship (ptg)
Mase dpt tahu jadual ni, sgt la terkejut. Lepas QMT langsung xde gap! Sape la yg susun jadual nih. Course lain sumer ade gap, nape ISB xde? How the heck we’re supposed to study?! Dah la cuti study week xde! (u.u)
First time la selame belajar kt menare gading ni, dpt jadual exam cmnih. Dugaan2..
Luse convo, tp ble mengenangkan exam nih rase dah xde mood. First sem nih patut kne score, kalau awal2 CGPA dah rendah mmg sakit ar nanti. Nak naikkan balik bkn senang. Tapi jadual exam nih saje je nak bg org cuakk. Hesy.
Expect me to be M.I.A for awhile after this. Kalau msg/call x berbalas, paham2 jela ehh. Sorry for the inconvenience~
Next update, after exam! Till then, buhbye!
p/s: doakan saye =)
Friday, October 23, 2009 | Labels: bla bla bla | 4 Comments
Matlamat Salah Cuba Menghalalkan Cara
Melalui hidup sebagai remaja, hidup di universiti yang berjauhan daripada ibu bapa, sedikit sebanyak, tempiasnya akan terkena juga. Terlalu banyak dugaan dalam cinta siswa siswi dan tidak semudah kata-kata untuk memelihara diri. Kehidupan di kampus yang jauh daripada pengawasan keluarga menyebabkan diri mudah terpedaya dengan ajakan nafsu.
Bagi mereka yang sudah terjebak, bukan mudah untuk membuat keputusan yang rasional di saat emosi dan perasaan sedang berkecamuk. Kalau ambil keputusan untuk berpisah, adakah masih ada lelaki lain yang seperti dia? Kalau diteruskan hubungan ini, sanggupkah aku menanggung dosanya?
Tiada siapa yang akan menolong aku kalau bukan aku. Kekuatan itu mesti bangkit daripada dalaman diri sendiri. Jika niat itu sudah nekad, Allah Taala akan permudahkan jalan itu.
Inilah dunia sekarang yang penuh dengan kekeliruan dan jauh daripada penghayatan Islam sebenar. Masing-masing menggunakan agama sebagai pasport untuk membuat kebaikan daripada kaca mata mereka sendiri bukannya apa yang telah digariskan oleh Allah Taala dan Rasul.
Walaupun pada awalnya kita berniat hendak melakukan sesuatu yang baik, tapi mudah sungguh syaitan dan nafsu memesongkan niat suci itu dalam pelbagai cara yang cukup kreatif. Rasanya ramai remaja merasakan perlu kepada teman lelaki atau perempuan yang berlainan jantina merupakan satu ‘keperluan’ untuk rasa sempurna. Tempiasnya terkena juga kepada golongan remaja khususnya siswa dan siswi yang nampak komited pada kerja-kerja dakwah.
Sememangnya manusia lebih terdedah kepada kebaikan yang adakalanya mengaburi mata mereka, walhal perkara itulah sebenarnya yang mengundang malapetaka buat diri mereka sendiri. Begitu payahnya kita mahu membezakan perkara yang baik dan yang benar-benar baik. Apabila kita sudah terhantuk barulah kita baru terngandah itulah sebenarnya kesilapan.
Mereka tahu mereka hidup dalam dosa dan kesalahan, cuma yang penulis tidak faham bagaimana mereka boleh rasa sayang untuk lepaskan pasangan semata-mata mereka rasa dalam perhubungan mereka masih ada kebaikan, bersandarkan kepada sms tazkirah, suruh bangun tahajjud. Bagaimana mereka memandang dan menilai kebaikan?
MATLAMAT HALALKAN CARA
Penulis rasa gusar memandangkan beberapa kes yang banyak berlaku di kalangan mereka ingin membawa Islam, tetapi akhlak pergaulan muslimah dan muslimin tidak dijaga.
Hanya berbekalkan perkataan yang berbentuk perbincangan, jihad, tazkirah, dan mengejutkan untuk ber-tahajjud, sinonim dengan perbincangan berbau Islam mereka anggap hubungan mereka ini sudah diredhai walaupun hanya sekadar bertelefon, sms, e-mail dengan luahan perasaan cinta masing-masing.
Tambahan lagi pengaruh nasyid temporari kini yang hangat mengutarakan lagu cinta sesama muslim menjadi penghangat cinta bagi mereka yang menghalalkan cara.
Segala-galanya adalah mainan perasaan yang kerap melihat kebaikkan di dalam dosa itu, dan amat jarang bagi kita untuk bermuhasabah di atas kebaikkan-kebaikan yang kita sangkakan telah dilakukan. Memanglah alam remaja, teramat indah jika ada orang lain yang sentiasa caring ke atas kita, tetapi percayalah ianya hanyalah khayalan sementara kerana selepas hidup bersama barulah kita tahu kelemahan dan keburukan pasangan masing-masing.
Bila anak-anak sudah bertambah dan kesibukan hidup pun juga bertambah, hilanglah segala impian-impian dan angan-angan terdahulu.
Kepada adik-adik remaja, khususnya mereka yang di bangku menara gading, jauhilah maksiat ber- couple atau apa sahaja perlakuan mungkar kerana semuanya itu saling membuktikan kepada Allah Taala bahawa kalian berdua amat berani mendurhakai Allah Taala. Rumahtangga dibina bukan hanya atas cinta, tetapi juga pada saling mempercayai.
Jika Allah sudah diingkari, siapa lagikah yang boleh dijadikan tempat meletakkan kepercayaan? Dosa semalam akan pasti menjadi kecurigaan hari ini, esok dan selamanya.
Muhasabahlah kalian.
HAYATI AJARAN ISLAM SEBENAR
Kita bincang pasal manusia, naluri manusia suka dicintai dan mencintai, hati pula kalau sentiasa senang akan menjadi bosan tapi kalau sentiasa susah hati akan menjadi rawan, nafsu adalah kelemahan manusia. Barang siapa berjaya menundukkan nafsu, martabatnya akan menyaingi malaikat, kalau ditundukkan oleh nafsu akan turun lebih rendah daripada binatang.
Memang susah merubah seorang musuh menjadi kawan, kemudian menjadi sahabat, memadamkan kemarahan hati dan merubah muka marah dengan senyum, memberi maaf kesalahan sehingga udara yang tadinya mendung menjadi terang benderang. Memang susah melakukan itu, dan ini hanyalah pekerjaan orang yang berhati waja, mempunyai kemahuan yang besar dan bercita-cita mulia.
Namun sedar atau tidak, takwa kepada Allah Taala adalah yang perlu ditekankan. Betapa beratnya balasannya andai kita tersilap langkah dan akhirnya terjerumus ke arah maksiat yang pastinya kita semua maklum tentang balasan Tuhan.
وَٱلَّذِينَ جَـٰهَدُواْ فِينَا لَنَہۡدِيَنَّہُمۡ سُبُلَنَاۚ وَإِنَّ ٱللَّهَ لَمَعَ ٱلۡمُحۡسِنِينَ
Allah Taala berfirman yang bermaksud: “Dan orang yang berusaha (berjihad) dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama kami, sesungguhnya kami akan memimpin mereka ke jalan kami, dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya” al-Ankabut (29:69)
Usahlah berlengah lagi untuk berhijrah, andai sudah terdetik dalam hati bahawa perlakuan kalian buat ini adalah salah dan dilaknat Allah Taala, segeralah berhijrah kerana teramat khuatir andai hanya kali ini sahaja peringatan Allah Taala datang untuk menegur kita dan kita pula tidak mengendahkannya, kita akan terus hanyut dengan dosa kita sampai ke akhir hayat kita.
Perlakuan matlamat menghalalkan cara mengelabui mata. Perintah itu wajib.
Berjihadlah dalam mencari cinta yang suci iaitu cinta selepas pernikahan. Mengapa mencari kaca andai telah dijanjikan permata, dan mengapa mencari api yang membakar kalau sudah dijanjikan salju dingin. Bersabarlah untuk sesuatu yang lebih manis pada masa akan datang.
Jika kita mencari redha Allah dengan kemarahan manusia, nescaya dicukupkan Allah dengan keredhaannya , jika kita mencari kemarahan Allah dengan keredhaan manusia nescaya Allah Taala serahkan kita kepada manusia.
Mua’dz ra berdoa sebelum kematiaannya: “Aku mencintai hidup hanya untuk tiga perkara iaitu untuk berpuasa di siang hari, untuk qiammullail di malam hari dan untuk berkumpul dengan para ulama”.
Carilah kesibukkan di antara terlopong masa dengan pekerjaan, daripada sesenang pekerjaan yang dikira ibadat yang boleh menghasilkan pahala. ameen
Thursday, October 22, 2009 | Labels: iluvislam | 0 Comments
Seminar
Salam.
FYI, as part of the requirement in Personal Development subject, we as the students are required to hold a seminar. So for the past few weeks, the hold class has been working really hard in order to make sure that everything goes smoothly as planned.
Semalam adalah tarikh seminar tuh berlangsung. Tajuk seminar ialah “self-motivation”. Biasenya, kalau sebut je seminar, mesti la formal+bosan+mengantok! Tapi ktorg punye seminar semalam..lain drpd yg lain. In fact, in my entire life, this seminar is the coolest seminar I’ve ever attend. Serius x tipu. Langsung x formal kot. Not even a bit. haha
One would be wondering why right now. heheh. The reason is because of our guess speaker, Mr.Fadzil a.k.a Boojae. Dia nih rupe2 nye street dancer. So semalam, dia cte2 la cmner dia boleh jd street dancer nih sumer. So mase dia ckp2 tuh mmg byk la lawak dia wat, mmg byk kali tergelak. At the same time, dia selit la story and point2 yg berkaitan motivasi as an inspiration for all of us.
Nowadays, dia dah siap ade production crew sendiri & dah selalu wat show ngan artist2 kt Mesia nih. Their team is called the Floor Fever. Kire famous gak ar mamat nih. Semalam, he and a few of his crew siap nari2 lagi kot kt atas pentas dlm DSB tuh. haha. havoc wehhh, riuh rendah di buatnye! Dorang nari mmg smart gle ar.
Kire seminar nih mmg unik la. Rugiiiii sape x dtg tgk semalam. Bukan senang dpt peluang pg seminar cmnih!
Overall, our seminar was a success. Madam siap puji lg kot. As one of the exco, bangge la gak kan. ekeke. Okehh2, enough with the story. Keje byk x siap lg nih!
-out-
Saturday, October 10, 2009 | | 0 Comments
Neck Pain!
This past Monday I woke up with a crick in my neck so horrific that every time I moved my neck, it sent a very intense, very painful shooting sensation around my neck and shoulder. Apparently I am 21 going on 85.
I tried putting some “minyak cap kapak” to reduce the pain but apparently to no avail. Then I thought of massaging my neck, so I crossed my hand, with the palms cradling the back of my head. I once read in the internet, a source said that by applying some pressure at certain point around your neck, it could helps in increasing the blood flow to the brain and at the same time relax the neck muscles. But in my case, I didn’t even know where the heck to apply the pressure! LOL
And the next day I didn't feel much better, so the “other” me started thinking of skipping classes for the whole day. And even though I was legitimately in pain and definitely wouldn't have been able to sit in the class all day long much less ride a bike to get all the way to the faculty, I still feel guilty if I use that as an excuse for skipping classes. (deep inside, that feeling torn me apart. cheewahhh xD).
Nevertheless, the pain keeps getting worse. I even googled shooting neck pains to make sure I wasn't dying from something other than inflamed joints. (thx god, it was nothing serious).
Oh and just in case you couldn't guess, I did not skip class that day =)
Tuesday, October 06, 2009 | Labels: bla bla bla, class | 3 Comments
Sleepy Head

Salam~
Semenjak dua menjak nih, selalu je tido awl. Tapi ntah kenape mlm2 cpt jugak ngantok. hesy..pdhal siang dah tdo! Selalu je psg niat, "tonight nak study..tido lambat naz!!"..aleh2, belom kol 1 pagi dah lena dibuai mimpi! adehhh. camner nih..exam dah dkt. silibus pon x abes cover lagi! ohh tidakkk.
Pegi claz RM td..Ya Allah..punye la mengantok. Ape yg Prof. ckp kt dpn, langsung x masuk. Ibarat masuk telinga kanan, kuar telinga kiri. X bley fokus! Asek menguap je! gomen prof..
Harap2 la pasnih biological clock nih okehh balik. (=_=)
Wednesday, September 30, 2009 | Labels: bla bla bla | 4 Comments
Life Goes On
Back in Shah Alam, safe and sound.
Back to the old same life.
-out-
Sunday, September 27, 2009 | Labels: bla bla bla | 2 Comments
Situ Sana Sini
Salam~
Lame x update blog, berhabuk sudah. =p . Kite mulekan dgn cite Raye. heheh. Tahun ni sambut raye kt Kelantan. Agak lame la xblk sane sbb sblm2 ni sambut kt KL je. Bile blk harituh, rase lain..byk perubahan dah berlaku. In terms of the surrounding, the peoples etc. Tp satu je yg xpnah berubah, kalau nak masuk keluar town mesti jem!! Dari dulu sampai skrg same je. Harap2 la bila dah siap lg satu jambatan tuh nanti, keadaan akan berubah.
Ckp pasal makanan, kalau blk Kelantan, nasi dagang, nasi kerabu, & nasi berlauk sudah menjadi satu kemestian. Haa x lupe ngan akok ngan ketupat pulut hitam. Sumer ni dah jadi menu wajib. Tapi di sbbkan blk time bulan pose, sumer makanan nih susah gle nak cari! Byk penjual cuti, gare2 nak raye. Kecewa owhhhh. Melepas nak makan Makcik Yeah nye nasi berlauk ngan nasi kerabu. Dia punye masakan..terbaikkkk. Sedap gle. Tp de pon cuti, mmg xde rezeki seyh!
Raye kali ni biase2 je. Duit raye pon x byk mane. Sambut simple2 je. Raye kedua tuh dah bertolak blk KL, blk naik bas. Sampai kt Hentian Duta tuh kol 5 pagi, jalan kaki pg stesen lrt..skali xbukak lagi. hadoiii. Terpakse tunggu dkt 45 minit, baru la stesen tuh bukak. Bg sape yg x tau lg, waktu bermulenye operasi lrt kol 6 pagi okehh. Ohh lupe nak ckp, sepanjang dlm bus tuh mmg langsung x tdo..Bukan x nak tdo, tp x bley tdo! Air con dia..Ya Allah..sejuk tahap dewa! Dah pakai sweater + selimut pon bley menggigil lagi! Mmg x selesa langsung la. Dah la siang tuh x tdo, time dlm bus pon x tdo. Bile sampai rumah tuh, tido dlm 2 jam je. Then pg Shah Alam, amek barang sambil bersih2 kan cket rumah sewa tuh. Mlm tuh pon ade keje cket, kol 10 baru tdo. Bile kire2 blk harituh, in the last 37 hours, I only slept for 2 hours. (+.+!) I was like a walking zombie!
Then, semalam pg beraye kt rumah Rad. So dpt la berkumpul ramai2. Me, Rad, Fared, Reyas, Yazid, & Zahid. 6 org..Acap xde. Still kat PD beraye. hesy. Mcm biase la, kalo pg rumah Rad mesti kne pakse mkn byk2. haha. Kenyang gle. Bak kate Rad, dah lebih dari capacity. hoho. Kudos to his mom for the delicious nasi lemak. Thank you makcik =) .Lepas mkn, proceed pg Pyramid lak. Sampai je, troz pg main boling. Bile tgk rate dia, terkejut kejap. RM 8.00 per game. Mahal owhh. Patot raye2 ni bg la diskaun, ni takk, lagi mahal dari biase! Ape laa. So instead of that, ktorg decide utk main ikot jam. 1 hour = RM 48.00. Same je sebenarnye, kalau per game 6 org x RM 8 = RM 48 gakk. Tp kalau ikot jam, bley main lame cket. Kelakar sgt time main tuh. Sakit perut gelak lagi2 ble teringat “insiden” yg melibatkan Reyas. hakhak. Seb baik xde yg mati wooo. wahaha xD
Lepas main boling tuh ingatkan nak pg tgk wayang, tp line nak beli tiket tuh panjang gle. X sanggop nak beratur. Terpakse la cancel. So, pg la arcade kejap layan Daytona due round. heheh. Tgk mase byk lagi, so cadang nak main ice skatting. Again, ramaiiiii orang. Cancel lagi. Jalan2 jap, pastuh g makan kt Burger King. Awal gle dinner, kol 6 ptg. Nasi lemak yg mkn tghari tuh pon x habis hadam lagi. haha. Then myself, Fared & Rad pg TS, Sg. Wang & Low Yat. Masing2 ade mende yg nak disetelkan tp Reyas, Yazid & Zahid x ikot. Dorg blk dulu. After that, Rad bley lagi join Zahid & Reyas pg OU. Aku & Fared mmg dah x larat. So ktorg x ikot. Seharian berjalan, rase nak tercabut kaki. Lenguh gle. Blk rumah tido lg best owhhh!
Thursday, September 24, 2009 | Labels: bla bla bla | 5 Comments
Selamat Hari Raya
Lagi berape hari je lagi nak raye. So di kesempatan ini (ayt skema xD), sy ingin memohon ampun dan maaf kpd sumer yg mengenali diri ni. Andai ade tersilap kate, bahase, tingkah laku..harap dimaafkan =)
Wednesday, September 16, 2009 | Labels: bla bla bla | 2 Comments
Tomorrow
Salam~
Tomorrow's the day.. early in the morning, i got PD test. FYI, 11 chapters need to be covered. (+_+!). Tensi2..after that, will proceed to BEL presentation. Just knew this morning that marks allocated for this first presentation is 40%.!! and I haven't practice my speech yet. (-_-). My powerpoint still needs some tweaks here and there. hmm
Tonight's gonna be a loooooooooooooonnnggg night. Kene study..practise lagik..iskkk..Hopefully everything goes well tomorrow.
Thursday, September 10, 2009 | Labels: bla bla bla | 7 Comments
The Cruise
Have you ever been on a cruise or looked at one of their brochures? To date, I’ve never been on a cruise before. But somehow, when I looked at the cruise, I can somehow think and relate it with our life. Let say you’re fortunate enough to had an opportunity to board the cruise.
You begin your journey when the ship leaves the dock and moves forward towards its destination. Along the way there is so much happening. There are so many opportunities you can experience and participate in. A romantic stroll along the deck as you look outward to the seemingly endless sea, or maybe you want to go splash around the pool, or maybe enjoy some of the fine food available to you, or maybe you'll join in some of the dancing and partying going on around you, or maybe it's evening and you feel like sitting on the balcony and looking out to the splendid moon and clear starlit sky. (Heavily influenced by Titanic =p)
There is so much for you to experience and enjoy from the moment the trip starts that before you know it, you've connected to another dock along the way. Perhaps it's a pristine beach of white sand and breathtakingly beautiful water. Perhaps it's a tropical paradise with tall trees and lush greens that house exotic and precious animals. Perhaps it's a mystical location with a spiritual history and engineering wonder that you couldn't really understand or appreciate until you've seen it with your own eyes.
There is so much that happens when this journey begins. From the moment the ship leaves the dock until the time the ship returns to its home dock, the blessings, opportunities, nourishment, love, laughter, entertainment, and experiences are abundant and immeasurable. By the end of the trip, you are sure to be happily exhausted from enjoying all the journey had to offer. You can go home content that you lived and experienced the journey to the max.
I tell you all of this because it's important to note one thing; One thing that can make or break the trip; One thing that can make or break YOUR journey.
I want you all to understand thatNONE of this could happen; not one of those magical experiences could happen if the ship didn't first LET GO of the dock. Think about it!
How many of you are still holding on to the dock? Holding the dock of yesterday, the past, the fear, the miserable moments, the betrayal, the separation, the insecurity, etc…
LET GO! What are you waiting for?The journey, all the magic, all the romance, all the beauty, all the love, all of the blessings, and all of the sights and sounds of this amazing trip through life are here for you NOW.
Free yourself from the dock. It's not holding you, you're holding it - let go now! Today is a new day! It's your day. Enjoy the trip!
The beautiful journey of today can only begin when we learn to let go of yesterday.
Tuesday, September 08, 2009 | Labels: bla bla bla | 0 Comments
War
Can't wait for tonight. It's a 4 vs 4 match. May the best team win! xD
Friday, September 04, 2009 | | 4 Comments
Having The Best Day Ever!
The key to having the best day ever is learning how to avoid being stressed out and learning how to live with a peace of mind. The way that you can live every day stress free and with a peace of mind is by taking a proactive approach to life. For starters, every morning before your day begins you must decide that you are going to have a joyful and peaceful day no matter what. So today I want to share with you all, 3 tips that you can do to be proactive in living every day stress free and have the best day ever. The 3 tips are:
1. Love The Skin That You Are In
One reason many people are stressed out is because they are not happy with whom they are. They constantly try to change themselves into someone who they are not. In order to live stress free, recognize and appreciate all the great qualities that make you who you are. You can work on making changes to improve your health and self-image but do not focus on your faults. Learn to see yourself as the beautiful, unique person that you are. Try this exercise to help improve your self-image: Daily look in the mirror and say, "I love you (your name)" =)
2. Smile more
Another reason people are stressed out and do not have a peace of mind is because they do not smile enough. You should focus on all of the things that make you smile throughout the day instead of all of the things that makes you upset. Guess what? If you focus on all of the things that makes you smile all day long; then all day long you are smiling. Likewise, if you focus on all of the things that make you upset all day long; then you are upset and frowning all day long. Try this exercise to help you increase the number of times you smile daily: Write a list of 50 things that makes you smile. This can be a joke, the names of special people in your life, favorite places to vacation etc. Throughout the day review at least one item from off of your list and smile.
3. Say No
A major reason people are stressed out is because they over extend themselves and they do not know when to say "No". You should not live your life as a "People Pleaser" and you must know when to say "No". Use this as a reference of when to say "No": If you are able to help someone, then you should but if you are not, it is okay to say "No". Also, if saying "Yes" causes you to over extend yourself, then say "No". If you are not confident about saying "No" try this exercise: look in the mirror and practice daily saying "No" until you are able to do it firmly.
In order to have a great day you have to work at it. Some days you may wake up and have a perfect day but then there are the other days where nothing seems to go right. When the "nothing seems to go right" days approach you have to know how to respond to the people and events that poses a challenge to your peace of mind. I hope the tip helps you in your everyday life!
Tuesday, September 01, 2009 | Labels: bla bla bla | 11 Comments
Istimewa Saat Ramadhan
Setiap orang yang mengaku beriman dengan kebesaran Allah pasti akan bergembira apabila tiba bulan Ramadhan Al Mubarak di setiap tahun (Anda bagaimana?). Asbabnya Ramadhan satu-satunya bulan yang penuh dengan rahmat dan keberkatan yang tidak terdapat di dalam bulan-bulan yang lain, oleh sebab itu Rasulullah s.a.w. menjelaskan Ramadhan adalah penghulu kepada sebelas bulan yang lain. Hanya orang yang kenal kelebihan Ramadhan sahaja yang akan bersedia bila menjelangnya bulan yang mulia ini.
Betapa besarnya fadilat bulan Ramadhan ini dapat kita fahami dari hadis Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim yang bererti:
Apabila masuk bulan Ramadhan maka dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup pintu-pintu neraka serta diikat semua iblis dan syaitan. Oleh kerana itu apabila seorang melangkah masuk ke bulan Ramadhan bererti mereka memasuki gerbang pertapaan yang penuh dengan ujian dan latihan. Kerana itu sudah sewajarnyalah kita membuat persiapan yang perlu dari segi rohani dan jasmani iaitu.
1. Mengulangi kembali pelajaran-pelajaran yang berkaitan dengan puasa agar kita memasuki dan menjalani amalan puasa ini dengan pengetahuan dan yang dibaharui dengan pedoman-pedoman yang baik serta pengalaman-pengalaman yang baru dan sempurna. Pelajaran-pelajaran itu hendaklah yang berhubung dengan rukun, syarat sah, syarat membatalkan puasa, perkara-perkara sunat, makruh, abad berpuasa dan hikmat yang terkandung serta perlaksanaan ibadat puasa yang merupakan ibadat yang istimewa ini.
2. Membuat persiapan dari segi Rohani rasa hati dan ketenangan jiwa dalam menghadapi bulan puasa sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. dan para sahabat baginda.
3. Memperbanyakkan doa moga-moga Allah memberikan kesihatan, tenaga, kelapangan dan kesempatan mengerjakan puasa dan mudah-mudahan Allah memberikan taufik dan hidayahNya supaya kita dapat menunaikan puasa dengan hati yang jujur, tulus ikhlas dijauhi dari riak, ujub dan dari segala rupa penyakit yang menghilangkan pahala puasa.
4. Menguatkan semangat dan hemat untuk melaksanakan latihan yang akan kita jalani sepanjang bulan ini dengan sempurna agar kita memperolehi kesan yang dimaksudkan iaitu peningkatan ketaqwaan kita kepada Allah s.w.t. Bulan puasa itu merupakan bulan latihan berjihad memerangi hawa nafsu yang loba dan tamak.
Bulan puasa adalah bulan bercucuk tanam untuk akhirat, bulan menghasilkan bekalan untuk hari kemudian, bulan membersihkan dan menyuci diri dari berbagai dosa dan noda serta menghiasi diri dengan budi yang tinggi dan pekerti yang luhur. Maka oleh itu hendaklah kita menyediakan diri kita dalam melaksanakan hak puasa dengan perkataan-perkataan dan perbuatan-perbuatan yang baik dengan sepenuh hati, jujur dan ikhlas semata-mata kerana Allah. Kita hendaklah berusaha menyediakan diri untuk menjaga benih-benih amal yang kita tanam di bulan Ramadhan itu kerana seorang yang menanam benih jika tidak membaja, menyiram serta memelihara pasti tidak akan mengeluarkan hasil yang baik apabila datang masa menuai tegasnya semasa berhadapan dengan Allah s.w.t.
Kita hendaklah mengelakkan daripada kebiasan-kebiasan yang memberatkan dan merugikan diri kita seperti berbelanja berlebihan, boros, suka berhibur, membuang masa dan bersembang yang tidak mendatangkan faedah kerana perkara-perkara tersebut adalah bertentangan dengan hikmat berpuasa. Sebaliknya hendaklah kita menyambut bulan puasa dengna cita-cita dan azam yang tinggi membanyakkan ibadah samada siang atau malam hari dengan kemahuan hendak melatih diri serta mensucikan jiwa. Kita hendaklah mengucapkan tahniah di atas kedatangan bulan Ramadhan itu kerana ianya merupakan hak muslim ke atas muslim.
Rasulullah S.A.W. pernah bersabda yang bermaksud: Daripada hak seorang muslim kepada muslim yang lain ialah apabila mereka menerima kebaikan hendaklah kita mengucapkan tahniah.
Rasulullah s.a.w. sentiasa menggembirakan para sahabat di atas kedatangan bulan Ramadhan, bulan yang membawa rahmat serta nikmat yang tidak terhingga kepada mereka yang berpuasa, bulan melebur dosa dan memerdekan hambanya dari azab api neraka. (Riwayat Nasaie dan Ahmad daripada Abu Hurairah)
Rasulullah s.a.w. menggembirakan para sahabatnya dengan sabda baginda: Ertinya: Sesungguhnya akan datang kepada kamu bulan Ramadhan bulan yang diberkati, Allah mewajibkan kamu berpuasa di dalamnya. Pada bulan Ramadhan dibuka pintu-pintu syurga, dikunci semua pintu neraka, dibelenggu semua syaitan. Di malamnya ada satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Barangsiapa yang tidak memperolehi kebajikan pada malam itu berertilah diharamkan baginya segala kebaikan untuk dirinya.
Rasulullah s.a.w. juga mengucapkan kepada para Sahabat ucapan yang bermaksud: Telah datang kepada kamu bulan Ramadhan Penghulu segala bulan , maka selamat datanglah kamu kepadaNya. Maka telah datang bulan puasa membawa segala macam keberkatan. Oleh yang demikian muliakan tetamu yang datang itu dengan seberapa baik.
Daripada hadis-hadis di atas dapatlah kita membuat kesimpulan:-
Bahawasanya bulan Ramadhan adalah bulan istimewa bulan yang penuh dengan keberkatan dan rahmat dari Allah s.w.t. Sewajarnyalah setiap muslim mengambil kesempatan daripada ketibaan bulan Ramadhan Al Mubarak ini dengan memperbanyakkan amal-amal soleh samada disiang hari atau dimalamnya. Bulan Ramadhan adalah bulan pendidikan dan latihan maka setiap orang yang menerima kedatangan bulan Ramadhan ini hendaklah membuat persiapan yang sekucupnya samada dari segi jiwa, fizikal dan spiritual.Anggaplah Ramadhan sebagai bulan saringan pelepasan ke padang Masyar!
Thursday, August 27, 2009 | Labels: iluvislam | 15 Comments
Ramadhan Al-Mubarak
Salam~
It's been quite a while since I last updated my blog. Biase la, business student kan sentiase busy. haha. I've nothing much to say actually.
Just want to wish everyone. Semoga dgn kedatangan Ramadhan nih, hati & fikiran semakin tenang dan aman, dibuka oleh-Nya segale pintu rahmat dan keampunan utk kite sumer. Insya-Allah ^^
Happy fasting peeps dan SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK & SELAMAT BERPUASE!!!
Saturday, August 22, 2009 | | 0 Comments
RTK Pix's
Just want to share some of the pix's that were taken during our visit to RTK the other day ^^
Saturday, August 22, 2009 | | 4 Comments
Am Sick?!
Salam~
Lately, am not feeling very well. Semalam demam..nasib baik pas mkn ubt & tdo jap demam da ok..syukran ^^ ..mule2 agak riso la..skang nih da la musim H1N1..hee
Pagi ni ade claz research..tp x pg..bdn still x bp sehat..pg klinik jap, tp org punye la ramai..adehh..x sanggop nak tunggu. last2 blk. huu. today cadang nak rest je. i want to be healthy! hopefully cpt la sembuh.
p/s: nasib baik diz week x byk keje kalo takk..^^
Wednesday, August 12, 2009 | | 7 Comments
Followers
Profile
- Nazmi
- An optimist and positive thinker who sees the invisible, feels the intangible, and achieves the impossible. lol =p
Total Pageviews
Sneak Peek
-
Cuckoo atau Coway? Perbandingan Penapis Air - 5 PERBANDINGAN yang cukup mustahak sebelum korang buat pilihan penapis air. *1) HARGA* Semestinya sebelum kita nak beli kita akan comparekan harga dahulu. ...6 years ago
-
Jemputan Istimewa daripada Allah - Alhamdulillah, i can never be thankful for everything Allah has bestowed upon me and my family. Alhamdulillah, Insya Allah, me and hubby will be leaving fo...8 years ago
-
MUJI : All in One Essence Review - Hi! First time dengar nama MUJI ni 2 bulan lepas. Mula mula macam curious apa benda MUJI ni kan. Sebab memang tak pernah dengar langsung ( nampak sangat ...8 years ago
-
Glen - Januari - *Berat bebanku* My burden is unbearable *Meninggalkanmu * Leaving you *Separuh nafas jiwaku * Half the breath in me *Sirna... * Vanish (just like that) *B...12 years ago
-
Companionship - Nothing, in truth, can ever replace a lost companion. Old comrades cannot be manufactured. There is nothing that can equal the treasure of so many shared...13 years ago
-
uitm dihati ku - 'anak subsidi, anak belas kasihan, produk sisih, stok kena campak' despite whatever people has to say about my Universiti Teknologi Mara, abbreviated as Ui...15 years ago
-
Blueberry oreo cheese - Wah dah lama blog ni senyap sunyi tanpa khabar berita kan! Saya pun hampir terlupa akan kewujudan blog ni :p Sejak saya operate pada Ogos tahun lepas, kem...16 years ago
-
lil' update - Hello guys SOrry for the late updates..being a bit busy + i was too damn lazy to update my blog.. Lotsa things happened in this 6months...lots of it..will ...16 years ago
-
-
-
Remenisce
to keep on moving when everything messed up
to keep on going when my vision turns upside down
to keep calm when my anger explodes
to keep smiling when all I have is sadness
to enjoy the real happiness that came only for a while
but only this way
these lessons had taught Me how to live
these challenges that made me stronger inside out
these stories that gave me strength to my weaknesses
so I thank YOU GOD
for each fate that u wrote for my Life
is nothing better but THE BEST!
Travelers
Blog Archives
- March 2011 (1)
- February 2011 (1)
- January 2011 (2)
- December 2010 (4)
- November 2010 (6)
- October 2010 (16)
- September 2010 (19)
- August 2010 (13)
- June 2010 (1)
- January 2010 (2)
- December 2009 (4)
- November 2009 (2)
- October 2009 (6)
- September 2009 (8)
- August 2009 (7)
- July 2009 (10)
- June 2009 (17)
- May 2009 (6)
- April 2009 (9)
- March 2009 (11)
-A.jpg)













