Exam!

Salam~

Sedar x sedar, hari ni dah hari terakhir kelas. Next week dah start final! Cpt betol mase berlalu. (@.@!)

Sgt riso sebenarnye. Ntah nape this sem punye jadual exam sgt la x bestttttttttt!

29/10 – Quantitative Business Analysis (ptg)
02/11 – Islamic Jurisprudence (pagi)
03/11 – Research Methodology (pagi)
04/11 – Personal Development (pagi)
05/11 – Islamic Entrepreneurship (ptg)

Mase dpt tahu jadual ni, sgt la terkejut. Lepas QMT langsung xde gap! Sape la yg susun jadual nih. Course lain sumer ade gap, nape ISB xde? How the heck we’re supposed to study?! Dah la cuti study week xde! (u.u)

First time la selame belajar kt menare gading ni, dpt jadual exam cmnih. Dugaan2..

Luse convo, tp ble mengenangkan exam nih rase dah xde mood. First sem nih patut kne score, kalau awal2 CGPA dah rendah mmg sakit ar nanti. Nak naikkan balik bkn senang. Tapi jadual exam nih saje je nak bg org cuakk. Hesy.

Expect me to be M.I.A for awhile after this. Kalau msg/call x berbalas, paham2 jela ehh. Sorry for the inconvenience~

Next update, after exam! Till then, buhbye!

p/s: doakan saye =)

Matlamat Salah Cuba Menghalalkan Cara

Melalui hidup sebagai remaja, hidup di universiti yang berjauhan daripada ibu bapa, sedikit sebanyak, tempiasnya akan terkena juga. Terlalu banyak dugaan dalam cinta siswa siswi dan tidak semudah kata-kata untuk memelihara diri. Kehidupan di kampus yang jauh daripada pengawasan keluarga menyebabkan diri mudah terpedaya dengan ajakan nafsu.

Bagi mereka yang sudah terjebak, bukan mudah untuk membuat keputusan yang rasional di saat emosi dan perasaan sedang berkecamuk. Kalau ambil keputusan untuk berpisah, adakah masih ada lelaki lain yang seperti dia? Kalau diteruskan hubungan ini, sanggupkah aku menanggung dosanya?

Tiada siapa yang akan menolong aku kalau bukan aku. Kekuatan itu mesti bangkit daripada dalaman diri sendiri. Jika niat itu sudah nekad, Allah Taala akan permudahkan jalan itu.

Inilah dunia sekarang yang penuh dengan kekeliruan dan jauh daripada penghayatan Islam sebenar. Masing-masing menggunakan agama sebagai pasport untuk membuat kebaikan daripada kaca mata mereka sendiri bukannya apa yang telah digariskan oleh Allah Taala dan Rasul.

Walaupun pada awalnya kita berniat hendak melakukan sesuatu yang baik, tapi mudah sungguh syaitan dan nafsu memesongkan niat suci itu dalam pelbagai cara yang cukup kreatif. Rasanya ramai remaja merasakan perlu kepada teman lelaki atau perempuan yang berlainan jantina merupakan satu ‘keperluan’ untuk rasa sempurna. Tempiasnya terkena juga kepada golongan remaja khususnya siswa dan siswi yang nampak komited pada kerja-kerja dakwah.

Sememangnya manusia lebih terdedah kepada kebaikan yang adakalanya mengaburi mata mereka, walhal perkara itulah sebenarnya yang mengundang malapetaka buat diri mereka sendiri. Begitu payahnya kita mahu membezakan perkara yang baik dan yang benar-benar baik. Apabila kita sudah terhantuk barulah kita baru terngandah itulah sebenarnya kesilapan.

Mereka tahu mereka hidup dalam dosa dan kesalahan, cuma yang penulis tidak faham bagaimana mereka boleh rasa sayang untuk lepaskan pasangan semata-mata mereka rasa dalam perhubungan mereka masih ada kebaikan, bersandarkan kepada sms tazkirah, suruh bangun tahajjud. Bagaimana mereka memandang dan menilai kebaikan?

MATLAMAT HALALKAN CARA


Penulis rasa gusar memandangkan beberapa kes yang banyak berlaku di kalangan mereka ingin membawa Islam, tetapi akhlak pergaulan muslimah dan muslimin tidak dijaga.

Hanya berbekalkan perkataan yang berbentuk perbincangan, jihad, tazkirah, dan mengejutkan untuk ber-tahajjud, sinonim dengan perbincangan berbau Islam mereka anggap hubungan mereka ini sudah diredhai walaupun hanya sekadar bertelefon, sms, e-mail dengan luahan perasaan cinta masing-masing.

Tambahan lagi pengaruh nasyid temporari kini yang hangat mengutarakan lagu cinta sesama muslim menjadi penghangat cinta bagi mereka yang menghalalkan cara.


Segala-galanya adalah mainan perasaan yang kerap melihat kebaikkan di dalam dosa itu, dan amat jarang bagi kita untuk bermuhasabah di atas kebaikkan-kebaikan yang kita sangkakan telah dilakukan. Memanglah alam remaja, teramat indah jika ada orang lain yang sentiasa
caring ke atas kita, tetapi percayalah ianya hanyalah khayalan sementara kerana selepas hidup bersama barulah kita tahu kelemahan dan keburukan pasangan masing-masing.

Bila anak-anak sudah bertambah dan kesibukan hidup pun juga bertambah, hilanglah segala impian-impian dan angan-angan terdahulu.

Kepada adik-adik remaja, khususnya mereka yang di bangku menara gading, jauhilah maksiat ber-
couple atau apa sahaja perlakuan mungkar kerana semuanya itu saling membuktikan kepada Allah Taala bahawa kalian berdua amat berani mendurhakai Allah Taala. Rumahtangga dibina bukan hanya atas cinta, tetapi juga pada saling mempercayai.

Jika Allah sudah diingkari, siapa lagikah yang boleh dijadikan tempat meletakkan kepercayaan? Dosa semalam akan pasti menjadi kecurigaan hari ini, esok dan selamanya.

Muhasabahlah kalian.

HAYATI AJARAN ISLAM SEBENAR

Kita bincang pasal manusia, naluri manusia suka dicintai dan mencintai, hati pula kalau sentiasa senang akan menjadi bosan tapi kalau sentiasa susah hati akan menjadi rawan, nafsu adalah kelemahan manusia. Barang siapa berjaya menundukkan nafsu, martabatnya akan menyaingi malaikat, kalau ditundukkan oleh nafsu akan turun lebih rendah daripada binatang.

Memang susah merubah seorang musuh menjadi kawan, kemudian menjadi sahabat, memadamkan kemarahan hati dan merubah muka marah dengan senyum, memberi maaf kesalahan sehingga udara yang tadinya mendung menjadi terang benderang. Memang susah melakukan itu, dan ini hanyalah pekerjaan orang yang berhati waja, mempunyai kemahuan yang besar dan bercita-cita mulia.

Namun sedar atau tidak, takwa kepada Allah Taala adalah yang perlu ditekankan. Betapa beratnya balasannya andai kita tersilap langkah dan akhirnya terjerumus ke arah maksiat yang pastinya kita semua maklum tentang balasan Tuhan.

وَٱلَّذِينَ جَـٰهَدُواْ فِينَا لَنَہۡدِيَنَّہُمۡ سُبُلَنَاۚ وَإِنَّ ٱللَّهَ لَمَعَ ٱلۡمُحۡسِنِينَ


Allah Taala berfirman yang bermaksud:
“Dan orang yang berusaha (berjihad) dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama kami, sesungguhnya kami akan memimpin mereka ke jalan kami, dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya” al-Ankabut (29:69)

Usahlah berlengah lagi untuk berhijrah, andai sudah terdetik dalam hati bahawa perlakuan kalian buat ini adalah salah dan dilaknat Allah Taala, segeralah berhijrah kerana teramat khuatir andai hanya kali ini sahaja peringatan Allah Taala datang untuk menegur kita dan kita pula tidak mengendahkannya, kita akan terus hanyut dengan dosa kita sampai ke akhir hayat kita.

Perlakuan matlamat menghalalkan cara mengelabui mata. Perintah itu wajib.

Berjihadlah dalam mencari cinta yang suci iaitu cinta selepas pernikahan. Mengapa mencari kaca andai telah dijanjikan permata, dan mengapa mencari api yang membakar kalau sudah dijanjikan salju dingin. Bersabarlah untuk sesuatu yang lebih manis pada masa akan datang.

Jika kita mencari redha Allah dengan kemarahan manusia, nescaya dicukupkan Allah dengan keredhaannya , jika kita mencari kemarahan Allah dengan keredhaan manusia nescaya Allah Taala serahkan kita kepada manusia.

Mua’dz ra berdoa sebelum kematiaannya:
“Aku mencintai hidup hanya untuk tiga perkara iaitu untuk berpuasa di siang hari, untuk qiammullail di malam hari dan untuk berkumpul dengan para ulama”.

Carilah kesibukkan di antara terlopong masa dengan pekerjaan, daripada sesenang pekerjaan yang dikira ibadat yang boleh menghasilkan pahala. ameen

Seminar Pix's

Class pix (1)

Class pix (2)

Gift presentation

Dancing time!

Life


Seminar

Salam.

FYI, as part of the requirement in Personal Development subject, we as the students are required to hold a seminar. So for the past few weeks, the hold class has been working really hard in order to make sure that everything goes smoothly as planned.

Semalam adalah tarikh seminar tuh berlangsung. Tajuk seminar ialah “self-motivation”. Biasenya, kalau sebut je seminar, mesti la formal+bosan+mengantok! Tapi ktorg punye seminar semalam..lain drpd yg lain. In fact, in my entire life, this seminar is the coolest seminar I’ve ever attend. Serius x tipu. Langsung x formal kot. Not even a bit. haha

One would be wondering why right now. heheh. The reason is because of our guess speaker, Mr.Fadzil a.k.a Boojae. Dia nih rupe2 nye street dancer. So semalam, dia cte2 la cmner dia boleh jd street dancer nih sumer. So mase dia ckp2 tuh mmg byk la lawak dia wat, mmg byk kali tergelak. At the same time, dia selit la story and point2 yg berkaitan motivasi as an inspiration for all of us.

Nowadays, dia dah siap ade production crew sendiri & dah selalu wat show ngan artist2 kt Mesia nih. Their team is called the Floor Fever. Kire famous gak ar mamat nih. Semalam, he and a few of his crew siap nari2 lagi kot kt atas pentas dlm DSB tuh. haha. havoc wehhh, riuh rendah di buatnye! Dorang nari mmg smart gle ar.

Kire seminar nih mmg unik la. Rugiiiii sape x dtg tgk semalam. Bukan senang dpt peluang pg seminar cmnih!

Overall, our seminar was a success. Madam siap puji lg kot. As one of the exco, bangge la gak kan. ekeke. Okehh2, enough with the story. Keje byk x siap lg nih!

-out-

Neck Pain!

This past Monday I woke up with a crick in my neck so horrific that every time I moved my neck, it sent a very intense, very painful shooting sensation around my neck and shoulder. Apparently I am 21 going on 85.

I tried putting some “minyak cap kapak” to reduce the pain but apparently to no avail. Then I thought of massaging my neck, so I crossed my hand, with the palms cradling the back of my head. I once read in the internet, a source said that by applying some pressure at certain point around your neck, it could helps in increasing the blood flow to the brain and at the same time relax the neck muscles. But in my case, I didn’t even know where the heck to apply the pressure! LOL

And the next day I didn't feel much better, so the “other” me started thinking of skipping classes for the whole day. And even though I was legitimately in pain and definitely wouldn't have been able to sit in the class all day long much less ride a bike to get all the way to the faculty, I still feel guilty if I use that as an excuse for skipping classes. (deep inside, that feeling torn me apart. cheewahhh xD).

Nevertheless, the pain keeps getting worse. I even googled shooting neck pains to make sure I wasn't dying from something other than inflamed joints. (thx god, it was nothing serious).

Oh and just in case you couldn't guess, I did not skip class that day =)

Total Pageviews

Sneak Peek

Remenisce

Being Me is the greatest challenge
to keep on moving when everything messed up
to keep on going when my vision turns upside down
to keep calm when my anger explodes
to keep smiling when all I have is sadness
to enjoy the real happiness that came only for a while

but only this way
these lessons had taught Me how to live

these challenges that made me stronger inside out
these stories that gave me strength to my weaknesses
so I thank YOU GOD
for each fate that u wrote for my Life
is nothing better but THE BEST!

Visitors