Al-Masih Ad-Dajjal (MUST READ!!)

Sumber asal kisah ini diambil dari buku karya Muhammad Nurani Maarif bertajuk “Membongkar Misteri Dajjal”. Sebuah buku yang dapat membuka minda kita dan menjelaskan dengan jelas asal-usul Dajjal berpandukan Al-Quran dan Hadis serta kajian penulis sendiri. Boleh beli dan baca buku ini untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai Dajjal. (siap promot ni, haha..tapi serius buku ni best!). Susunan kronologi kehidupan Dajjal yang telah diringkaskan:-

Dia dilahirkan dengan penuh keanehan (penampilan fizikalnya) hasil pengaruh jin atau syaitan (menurut sesetengah pendapat ulama kelahirannya adalah hasil percantuman benih manusia dan jin).

Dia lahir sekitar zaman Nabi Sulaiman a.s (menurut pendapat Imam Al-Barzanji), dibesarkan tanpa ibu bapa (dia dibawa pergi dari ibu bapanya setelah ramai mengesyaki keganjilannya dan diletakkan di bawah peliharaan seorang pendita di sebuah biara). Dia hidup terpisah dari keluarga.

Kemudian dengan ketentuan Allah, tanah kelahirannya ditimpa bencana akibat kemaksiatan yang berleluasa; namun atas sifat Rahman dan Rahim Allah, dia diselamatkan dari bencana kemusnahan itu dan dibawa tinggal di sebuah pulau di laut Yaman serta hidup bersama makhluk Allah bernama Jassasah.

Ketika dia mula dewasa, dia bebas keluar dan kembali ke pulau itu; dia mengembara sekitar benua berhampiran atas dorongan Allah untuk mencari kebenaran (menjadi janji Allah, setiap makhluk berakal lagi mukalaf akan didatangkan kalimah Al-Haq sebagai saksi dan hujah untuk berhadapan denganNya di padang Masyar kelak), bertemu dengan para nabi antaranya Nabi Musa a.s dan Isa a.s. Namun dia tidak juga mahu menerima kebenaran.

Dia kembali ke pulau tempat tinggalnya setelah puas melihat kehidupan manusia dengan pelbagai pengetahuan baru. Apabila tiba saja ke pulau asalnya, dia ditangkap oleh Jassasah dan dipasung, kerana telah lahir nabi akhir zaman, Muhammad s.a.w. Dia tetap dipasung di situ serta diberi makan dan minum selayaknya. Dia bertanya kepada Jassasah mengapa dia diperlakukan begitu? Maka kata Jassasah; “Telah lahir seorang nabi yang ummi yang membawa rahmat ke seluruh alam dan ditahan segala bentuk fitnah..”. Lalu Jassasah memperincikan kisah kehidupan Nabi s.a.w yang ummi itu.

Sungguh Dajjal tidak percaya dan mengatakan Jassasah makhluk yang dengki di atas kelebihan yang ada pada dirinya. Maka dengan izin Allah, Dajjal menerima kunjungan Tamim Ad-Dari ketika dalam pasungan (Hadis dari Fatimah Al-Qais). Hasil pertemuannya dengan Tamim Ad-Dari maka dia mengesahkan kata-kata Jassasah namun segala-galanya sudah terlewat kerana dia telah menjadi insan yang ingkar (kafir) seperti iblis yang menolak perintah sujud kepada Adam a.s.

Pasungan dan ikatannya terlerai ketika kewafatan Rasulullah s.a.w dan dia meninggalkan pulau itu dengan niat tidak akan kembali lagi, bimbang akan dikenakan pasungan kali kedua. Kemudiannya, dia bebas mengembara (riwayat Ibnu Huzaimah di dalam ‘At-Tauhid dan Ath-Thabrani dalam Al-Muj’am’) dan menebarkan segala fitnahnya.

Dia bertemu dan hidup dengan manusia silam serta mengajar mereka dengan pelbagai ilmu dan meninggalkan pelbagai tanda/monumen aneh. Dia juga memberitahu para pengikutnya bahawa dia akan kembali satu hari nanti; dan kini dia diam dan berada di alam jin, bergaul dengan mereka demi memanjangkan usianya serta menjarakkan tempoh dan saat kemunculannya.

Dia hanya akan keluar setelah semua rancangannya tidak berjalan lancar seperti yang dijangka. Dalam keadaan marah, dia mengatur kemunculannya kealam dunia (hadis riwayat Muslim dan Ibnu Hibban dalam As-Shahih). Dia menimbulkan hura-hara dunia dengan mencetuskan Perang Dunia melalui proksinya Illuminati dan Freemasons dan muncul ketika saat kemunculannya dinantikan di Khurasan (riwayat At-Tarmidzi, Ibnu Majah dan Al-Hakim di dalam ‘Al-Mustadrak’).

Apabila ia muncul di dalam bentuk penyamaran dengan wajah seorang pemuda – mirip wajah seorang penyelamat yang kini digambarkan oleh penganut Kristian dan mengaku dirinya sebagai nabi – Isa Al-Masih. Semua penganut Kristian dan Yahudi memang menanti kemunculan “The Messiah”. Maka mudahlah dia menghimpunkan kaum Yahudi, Kristian, Hindu, Buddha dan penganut Kabbalah di bawah nama ajaran baru – New Age, atheis, penganut ajaran kultus (cult) dan sebahagian besar kaum umat Islam yang fasik.

Tidak ketinggalan juga, mereka yang terpengaruh dengan ajaran liberal dan modernism (kajian penulis, bahkan hampir seluruh penduduk bumi terpengaruh dengan Dajjal. Selama dia hidup, dia berusaha untuk mempengaruhi seluruh penduduk bumi; yang terselamat hanyalah muslim – mukmin tulen). Dia berkuasa di bumi selama 40 hari (Riwayat Muslim dari an Nawwas).

Dia mula berkuasa dan menguasai setiap penjuru bumi. Dia meluaskan pengaruh dan tipu dayanya dan berjuang menentang umat Islam. Namun umat Islam tetap kuat di bawah kepimpinan Imam Mahdi. Ketika umat Islam dikepung, Nabi Isa a.s pun turun dan menamatkan kepungan itu lalu mengejar Dajjal dan membunuhnya. (Wallahu’alam).

Beberapa kesimpulan yang dapat dibuat melalui pembacaan dari buku ini:

1. Nabi s.a.w menggambarkan ia seorang pemuda manakala Tamim Ad-Dari mengatakan ia seorang lelaki. Bahkan di dalam banyak Hadis mengenai Dajjal, Nabi mengatakan ia seorang lelaki. Ini bermakna ia bukan sekumpulan, satu bangsa apalagi satu bentuk ideologi.

2. Dajjal berselindung di sebalik misteri dunia. Nak diterangkan terlalu panjang ceritanya, kena baca sendiri buku ini baru korang akan paham dan nampak dengan jelas bukti-bukti yang ada. (you guys can also watch “The Arrivals” to know more about this as well as about Illuminati & Freemasons).

3. Berdasarkan maklumat yang dihimpun oleh Muhammad Isa Daud dari himpunana kata-kata para nabi terdahulu, Dajjal terkurung hanya ketika zaman kelahiran Nabi Muhammad s.a.w dan bebas ketika kewafatan baginda. Dengan erti kata lain, Dajjal sebenarnya sudah lama bebas dan hanya menunggu masa yang sesuai untuk memunculkan dirinya. Sebab sebenar Dajjal akan keluar dipetik dari sebuah Hadis dari Hafsah r.a; “Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya Dajjal akan keluar kerana satu kemarahan yang membangkitkan kemarahannya (kemarahan yang tidak dapat dibendung). Inilah saat kemunculan Dajjal yang sebenar. Kemunculan yang membawa kehancuran dan porak-peranda.

4. Dajjal dapat melakukan penyamaran seperti bangsa jin dan syaitan (jin dan syaitan boleh berubah bentuk menjadi haiwan, seorang tua atau kanak-kanak).

5. Tiada satu pon tempat di dunia ini yang tidak dimasuki/dijejaki Dajjal kecuali Makkah dan Madinah kerana kedua-dua tempat tersebut di jaga oleh para Malaikat sekaligus menghalang Dajjal dari memasukinya.

6. Benteng terakhir melawan Dajjal adalah Surah Al-Kahfi dan “Tauhid Ihsan”. Kenapa surah tersebut yang dipilih? Apa yang istimewanya tentang surah itu? Tauhid Ihsan tu ape? Haa mesti banyak persoalan kann? Tapi untuk menjelaskan secara terperinci sangat la rumit, so saya cadangkan korang beli je buku ni dan baca ;p

6 comments:

ShaNa said...

kasikk pinjam itu buku bole?

naz said...

dtg sini amek ;)

sns said...

hantarkan xbole? huhu

naz said...

takkk

org kate kalau nak ilmu ni kene la usehe cket. bak kata pepatah

"menuntut ilmu sampai negara Cina" ;)

ShaNa said...

okey. xpe..i'll remember this!

Nazmi said...

good ;)

Total Pageviews

Sneak Peek

Remenisce

Being Me is the greatest challenge
to keep on moving when everything messed up
to keep on going when my vision turns upside down
to keep calm when my anger explodes
to keep smiling when all I have is sadness
to enjoy the real happiness that came only for a while

but only this way
these lessons had taught Me how to live

these challenges that made me stronger inside out
these stories that gave me strength to my weaknesses
so I thank YOU GOD
for each fate that u wrote for my Life
is nothing better but THE BEST!

Visitors